PENGENALAN
Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama,dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia
KESEDIAAN GURU DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI
Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:
1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan.
2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.
3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti kerja-kerja pengkeranian, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".
4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:
a. kewangan
b. motivasi dan dorongan
c. pengiktirafan
d. penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan
e. mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.
5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.
CABARAN DALAM MENGHADAPI ARUS PERUBAHAN DASAR
Pembangunan pendidikan sesebuah Negara merupakan aspek yang sangat penting dalam pembentukan Negara bangsa. Untuk menuju kearah status pendidikan Negara maju. Pemerintah berperanan bagi mencorak masa depan dunia pendidikan Negara. Ini kerana melalui pendidikanlah sesebuah Negara dapat berkembang maju terutamanya dari segi pembangunan insan yang telah diwarwarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Melalui pendidikanlah akan lahir warga yang berilmu dan ientelektual bagi memacu Negara kearah hasrat murni Negara maju menjelang 2020.
CABARAN DALAM MENGEKALKAN KESTABILAN POLITIK
Mengekalkan kestabilan politik juga merupakan cabaran besar kepada dunia pendidikan. Kestabilan politik memainkan peranan yang besar untuk memacu arus kemajuan dunia pendidikan. Suasana Negara yang aman, dengan penuh harmoni dan muhibbah, menjadikan segala perancangan-perancangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan.
CABARAN DALAM MENGEKALKAN KESTABILAN EKONOMI
Cabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status quo ekonomi Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi Negara yang pesat dpat membantu untuk pembangunan sektor pendidikan Negara. Banyak kemudahan-kemudahan pendidikan dapat dibangunkan seperti insfrastsruktur seperti banguan –banguan yang selesa, dan sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik program-program boleh dirancang untuk kepentingn pendidikan. Berdasarkan pengalaman tahun 2007, apabila berlaku krisis ekonomi, banyak program terutama pembanguanan sektor pendidikan terbantut, banyak peruntukan perbelanjaan yang selama ini digunakan untuk sektor pendidikan ditarik balik. Ini akan menganggu kemajuan sektor pendidikan.
CABARAN MENANGANI ISU SOSIAL
Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga Negara Malaysia. Kita sering disajikan dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar, antara kes masalah sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada sektor pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang perkembangan pendidikan secara positif. Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya. Dari hari kesehari ia membiak bak kudis buta yang tiada berkesudahan pada dunia pendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan kita pada hari ini.
CABARAN UNTUK MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN ANTARA BANDAR DAN DESA
Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.
CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM
Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari ini isu perpaduan masih rapuh, kita sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih berlakunya keregangan hubungan antara kaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu dilaksanakan terutama mengekalkan perpaduan Negara. Selain itu untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan antaranya penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan.
CABARAN DARI SEGI PEMANTAPAN AGAMA
Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan pelbagai usaha dilaksanakan untuk memantapkan potensi diri dari segi keagamaan. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.
CABARAN ALAF BARU
Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi baru yang serba canggih. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.
PENUTUP
Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. Semoga segala cabaran yang dihadapi dalam pendidikan ini dapat diatasi.
Rujukan
- https://www.academia.edu/1803174/Sistem_Pendidikan_di_Malaysia_Dasar_Cabaran_dan_Pelaksanaan_ke_Arah_Perpaduan_Nasional
- https://yahanana-edu3093.blogspot.com/2015/03/bab-1-isu-dan-cabaran-semasa-dalam.html
Comments
Post a Comment